Jumaat, 28 Oktober 2016

Promosi Jumbo

Anda ingin tampil cantik, kekal segar dan menawan sepanjang masa?

Anda mencari produk-produk kosmetik yang selamat dan HALAL dipakai tanpa menggunakan bahan-bahan kimia yang ada kesan sampingan?

Qaisarrastyle ada penyelesaiannya...kami ada menjual produk kosmetik berasaskan aloe vera/lidah buaya iaitu tumbuhan asli herba sangat popular dalam industri kosmetik dan produk kesihatan dan dijamin selamat digunakan.

Kami nak war-warkan kepada 50 pelanggan terawal hadiah istimewa (free gift/goodies) menanti anda:) Cepat sebelum terlambat!!


COD : KL, Selangor, Rawang, Bandar Tasek Puteri

Untuk Info Sila Layari:

https://m.facebook.com/QaisarraStyle/
masturaresources.wixsite.com/qaisarrastyle
qaisarrastyle.blogspot.my


# Pelbagai pilihan biskut (free gift) boleh dimiliki kepada 50 pelanggan terawal..Cepat!Cepat! 


Khamis, 27 Oktober 2016

Tips/Cara/Petua Mudah dan Murah Merawat Bibir




Bibir merupakan bahagian kulit yang unik, kerana ia tidak dilengkapi dengan kelenjar minyak dan keringat untuk menjaga kelembapannya. Bibir juga memiliki kulit yang lebih tipis dibanding bahagian lainnya, sehingga memungkinkan pembuluh darah di bahagian ini terlihat. Kehadiran pembuluh darah yang terlihat inilah yang membuat bibir berwarna merah nan indah.

Kebanyakkan wanita menghadapi masalah bibir yang kering, kelihatan merekah serta pecah-pecah. Masalah ini sering kali dikaitkan dengan keadaan cuaca yang panas atau sejuk terutama sekali bagi mereka yang bekerja di dalam kawasan berhawa dingin.

Ia boleh dirawat samada secara tradisional ataupun dengan rawatan moden. Ada pelbagai rawatan moden yang boleh dilakukan seperti memakai pelembap bibir dan sebagainya.

Bibir kering boleh disebabkan daripada pencemaran udara serta debu, perubahan suhu yang boleh menyebabkan bibir tidak dapat beradaptasi sehingga bibir menjadi kering serta pecah-pecah. Kurangnya minum air masak juga boleh menyebabkan bibir pecah-pecah.

Ada sesetengah orang alah dengan kosmetik seperti lipstick. Ini juga boleh menyebabkan bibir kering dan tidak bermaya. Ada juga yang sensitif dengan ubat gigi yang mengandungi detergen berlebihan. Tabiat suka menjilat bibir dengan air liur juga menjadi punca bibir kering. Selain daripada itu, makanan yang terlalu masam atau masin, tabiat merokok, minum kopi berlebihan serta minum alkohol dan kurang pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran boleh jadi penyebab bibir kering.


Petua Mudah Merawat Bibir Kering

1. Timun boleh digunakan untuk merawat bibir yang kering dan pecah-pecah. Caranya, potong timun nipis-nipis dan lekatkan pada bibir untuk beberapa ketika. Setelah itu, cuci bibir dengan air suam. In syaa Allah bibir akan kembali lembap.

2. Sapukan susu pekat pada bibir. Calit susu pekat pada bibir buat beberapa ketika (biarkan lebih kurang 1 jam). Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan dengan kerap untuk hasil yang mujarab. 

3. Boleh juga sapukan mentega pada bibir yang merekah. Ambil sedikit mentega dan sapukan pada bibir yang kering dan pecah-pecah.

4. Sapukan dua titik madu lebah asli pada bibir setiap malam sebelum tidur dan lakukan setiap hari.

5. Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah pada bibir yang pecah. Dalam masa dua hari luka akan sembuh.

6. Bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Ambil hampas halia tersebut dan gosokkan hampas halia tersebut pada bibir untuk bibir yang lebih menawan dan kemerah-merahan.

Kesimpulannya, sayuran dan herba memang banyak khasiatnya untuk merawat bibir yang kering dan pecah-pecah. Diharap petua tradisional di atas dapat membantu anda yang memerlukan dan bermanfaat dalam penjagaan kesihatan secara berterusan. Yang penting petua yang dikongsikan sangat mudah untuk diamalkan, dan murah pula!








Rabu, 26 Oktober 2016



Memiliki kulit wajah yang cantik, gebu, licin dan tanpa sebarang cela adalah menjadi idaman semua orang terutamanya golongan wanita. Ini kerana wanita dan kecantikan adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Siapa  tidak mahu memiliki wajah yang menawan dan awet muda?

Pelbagai produk kecantikan telah anda cuba bagi mendapatkan hasil yang terbaik namun, pernahkah anda terfikir yang anda menjaga wajah anda dengan betul? 

Mulakan rutin kecantikan anda hari ini dengan melakukan tip penjagaan kulit cantik seperti yang di nyatakan.




Semua orang inginkan kulit yang licin dan cantik. Namun, bukan semua yang boleh memilikinya. Untuk dapatkannya, penjagaan yang rapi dan pemakanan yang sihat perlu dititik beratkan.

Diharapkan tip-tip ini dapat membantu anda menjaga kulit supaya sentiasa kekal sihat dan kelihatan cantik dan menawan. 

Renung-renungkan dan Selamat Mencuba :).



Adakah anda memiliki kulit yang licin selepas mencuba cara-cara di atas? Sila kongsikan pengalaman dan jika anda mempunyai petua selain dinyatakan, harap boleh berkongsi dengan meninggalkan komen di bawah.