Terma dan syarat
Pelanggan Yang Dihormati,
Sila baca terma dan syarat-syarat jualan sebelum membuat sebarang tempahan pada laman web ini.
Sila baca terma dan syarat-syarat jualan sebelum membuat sebarang tempahan pada laman web ini.
1. Terma dan Syarat Tempahan
- Mastura Resources (002491909-M) atau (Qaisarra Style) menawarkan produk seperti Barangan Kosmetik, T-shirt, Kasut, blouse, Skirt dan lain-lain dalam talian dan luar talian untuk kemudahan pelanggan. Untuk membuat tempahan di laman web ini atau di premis kami bermakna anda bersetuju dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan di halaman ini dan ikut perubahan dari semasa ke semasa bermula pada tarikh ianya dipaparkan. Anda seharusnya menyemak terma dan syarat ini setiap kali anda melayari laman web ini kerana ia adalah satu proses yang perlu dipatuhi.
- Tiada kontrak di antara anda (Pembeli, Pelanggan) dan kami (Penjual) sehinggalah kami mendapat maklumat, dan penerimaan pesanan dan pembayaran yang dinyatakan dalam Invois. Kami akan menghubungi anda dalam tempoh satu (1) - lima (5) hari bekerja untuk mengesahkan penerimaan bayaran. Jika anda tidak menerima e-mel kami dalam tempoh ini, sila hubungi kami melalui telefon atau e-mel. Setelah kami menerima pembayaran dan pengesahan mengenainya dibuat secara lisan atau secara bertulis maka perjanjian telah dimeterai dan terdapat kontrak undang-undang antara anda dan kami.
2. Barangan dan Perkhidmatan
- Barangan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada wujudnya stok. Jika semasa anda membuat pesanan, tetapi telah kehabisan produk atau barang, kami akan memaklumkan kepada anda secepat mungkin. Kami juga akan mencadangkan kepada anda pilihan lain yang sesuai. Jika anda tidak bersetuju, pembayaran anda akan dipulangkan.
- Kami mempunyai hak untuk membuat perubahan harga dari masa ke semasa. Harga pembelian hendaklah mengikut harga pada masa tempahan tersebut dibuat.
- Warna yang dipaparkan pada skrin komputer biasanya tidak sama sebagai produk warna penuh.
- Ukuran yang dinyatakan dalam spesifikasi produk yang tidak 100 peratus tepat dan tertakluk kepada kesesuaian sesuatu produk.
3. Pembayaran
- Semua pembayaran hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja.
- Pembayaran untuk tempahan melalui laman web ini perlu dilakukan secara langsung kepada mana-mana akaun yang telah ditetapkan. Sila rujuk halaman Cara Pembayaran untuk maklumat selanjutnya.
- Setiap tempahan produk hendaklah dibuat dengan bayaran penuh termasuk kos penghantaran.
4. Penghantaran
- Setiap penghantaran produk akan dikenakan caj bayaran sebanyak RM 8.00 untuk semua lokasi di Semenanjung Malaysia dan RM 10.00 hingga RM 15.00 untuk Sabah dan Sarawak ( bergantung kepada berat barang tersebut ). Untuk negara lain seperti Brunei, Singapura, Thailand, Indonesia, Myammar, Vietnam dan Filipina akan dikenakan bayaran RM65.00.
- Tempoh penghantaran adalah 1-7 hari bekerja tidak termasuk cuti umum di Malaysia dan penghantaran hanya akan dibuat selepas kami mendapat pembayaran produk termasuk kos penghantaran. Barangan tidak akan dihantar selagi kos tersebut tidak dibayar sekaligus.
- Penghantaran barangan anda adalah mengikut alamat yang diberikan semasa tempahan. Sekiranya berlaku perubahan alamat, kos penghantaran mungkin berubah. Jika ini berlaku, anda dikehendaki membayar kos tambahan sebelum penghantaran boleh dibuat semula.
- Untuk memudahkan penghantaran, kami menggunakan perkhidmatan kurier POS Laju Malaysia sahaja. Walau bagaimanapun, anda boleh melantik seorang ejen atau melalui serahan tangan ke pejabat kami untuk mengambilnya (COD). Lokasi COD hanya di sekitar Rawang, Selangor sahaja.
- Kami akan menyediakan penghantaran Nombor Rujukan (Nombor Tracking) yang dikeluarkan oleh POS Laju Malaysia untuk memudahkan anda menyemak dengan stesen POS Laju Malaysia berhampiran anda atau anda boleh menyemak sendiri di laman web tersebut http://poslaju.com.my/track-trace.
- Tempoh penghantaran bergantung kepada mod penghantaran dan destinasi. Penghantaran melalui POS Laju Malaysia hanya mengambil masa antara satu atau tiga hari bekerja untuk bandar-bandar destinasi di Malaysia. Walau bagaimanapun, tempoh ini mungkin lebih lama jika destinasi yang agak jauh di pedalaman. Anda perlu menyemak sendiri dengan pihak POS Laju Malaysia untuk mengetahui dengan lebih tepat tentang status barang tersebut.
5. Risiko
- Penghantaran melalui Pos Laju adalah dijamin selamat. Walau bagaimanapun kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan dan kecacatan barang semasa proses penghantaran dilakukan oleh pihak Pos Laju.
6. Jaminan Kami / Warranty
- Semua barang yang dibekalkan oleh kami dijamin berada dalam keadaan baik mengikut spesifikasi. Sekiranya terdapat apa-apa kecacatan, sila maklumkan kepada kami secara lisan / bertulis (melalui mesej, email atau Whatsapp) dalam tempoh 42 jam. Kami akan berusaha untuk mencari penyelesaian.
7. Pembatalan Tempahan
- Pembatalan tempahan hanya boleh dibuat jika barangan tersebut tidak dapat disempurnakan oleh pihak Pos Laju dan barangan tersebut dikembalikan kepada kami semula. Kemungkinan juga jika berlaku kemalangan atau bencana alam.
Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan