Rabu, 16 November 2016

Assalamua'laikum dan Selamat Petang...
Anda inginkan kulit muka mulus, halus, licin dan kelihatan menawan semulajadi?
Dapatkan " Aloe Vera 99% Compact Powder" berasaskan tumbuhan aloe vera yang cukup sinonim dalam industri kosmetik (kesihatan dan kecantikan).

Jumaat, 11 November 2016


        Lidah buaya merupakan sejenis tumbuhan yang dikenal dapat dijadikan sebagai ubat alami untuk bahagian luar tubuh ataupun untuk bahagian dalam tubuh badan seperti penyubur rambut, penyembuh luka, dan dijadikan untuk perawatan kulit. Manfaat lidah buaya memang sangat banyak,    
Ciri-ciri semulajadi aloe vera yang bersifat anti-bakteria, anti-oksida dan anti-penuaan menjadikan kulit anda gebu, cantik dan mulus . Gel aloe vera dapat melembapkan dan menghidrasi kulit secara semulajadi serta berupaya memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit.

            Qaisarrastyle ingin share beberapa kebaikan/fungsi dan kelebihan menggunakan aloe vera gel:)



        Sebenarnya banyak lagi manfaat dan kelebihan aloe vera ini selain dari yang disenaraikan di atas. Tak hairanlah jika diperhatikan, begitu banyak produk kecantikan dan kesihatan di pasaran kini menggunakan aloe vera sebagai bahan utama. Namun rasanya lebih mujarab kalau kita gunakan gel asli dari daun pokok aloe vera yang ditanam sendiri.

        Faedahnya pasti lebih optimum berbanding menggunakan produk aloe vera yang telah diproses bersama dengan bahan-bahan kimia. Lagipun kadang-kadang cara pemprosesan yang tak sesuai juga boleh memusnahkan sebahagian besar dari nutrien semulajadi yang terkandung di dalamnya. Jadi, rajin-rajinlah ya tanam sendiri pokok aloe vera dekat rumah.

       Lagipun pokok aloe vera senang tumbuh dan mudah dijaga. Nanti kalau ada orang tanya apa rahsia kecantikan anda, bolehlah tersenyum lebar sambil tuding jari pada pokok aloe vera dalam pasu di depan rumah tu. Silap-silap nanti pasti ramai yang meniru….hebat kan!

Rabu, 9 November 2016

Petua Awet Muda Menurut Islam & Tradisional/ Turun Temurun (Warisan)

   

       Petua awet muda bukanlah sesuatu yang rahsia. Kita sudah sedia maklum perkara ini, cuma tidak diamalkan sahaja.

       Siapa yang tidak terganggu memikirkan usia semakin meningkat. Tetapi menjadi lumrah wanita terutamanya, takut pada angka yang bertambah setiap tahun.Hakikatnya yang bertambah tidak boleh ditahan-tahan sesuka hati. Gerun bila menjejak angka 30-an? Rasa sudah turun saham yer tak? Perkara normal, tidak ada wanita yang suka jadi tua. Bila sebut perkataan tua, yang terbayang ialah muka kedut seribu, muka kusam dan tidak berseri, kulit hilang keanjalan dan juga terbayang badan yang mula sakit-sakit dan lesu.

     Selain bentuk fizikal, kudrat juga semakin terhad. Cuba fikir sejenak, mahukah kita menjadi seorang tua yang lemah, tidak berdaya, cerewet, pelupa, rabun, tidak sihat dan lebi selesa bersendirian tatkala anak cucu datang menjenguk atau menjadi warga tua yang cergas, aktif, sihat dan gembira menempuh saat persaraan.

   Nanti dulu!...jangan bayangkan yang bukan-bukan dulu. Biarlah angka bertambah setiap tahun...tapi ada cara untuk bertahan supaya kecantikan yang anda miliki sekarang tidak dimamah usia. Bagaimana ingin kekal awet muda? 

        Adakah anda tahu bahawa untuk cantik dan memiliki kulit muka yang licin, anda tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar, bahkan terdapat banyak cara penjagaan kulit wajah secara tradisional, dan ianya berkesan lagi murah!

        Terdapat banyak petua awet muda terbaik sebenarnya yang boleh dikongsikan. Qaisarrastyle ingin share sedikit dengan anda semua:) Berikut di antara petua dan rahsia awet muda cara Islam dan tradisional/turun temurun warisan nenek moyang kita yang boleh dijadikan panduan untuk anda semua.



      Semua orang inginkan kulit yang licin dan cantik. Namun, bukan semua yang boleh memilikinya. Untuk dapatkannya, penjagaan yang rapi dan pemakanan yang sihat perlu dititik beratkan. Islam sangat menitikberatkan tentang kebersihan dan kekemasan diri . Ia merangkumi kecantikan diri dan penampilan kita sebagai umat Islam.

     Sudah menjadi fitrah manusia, kebanyakan wanita sangat  mementingkan kecantikan, dan kalau boleh sehingga usia walau sudah mencecah 40 tahun ke atas, wajah masih mahu nampak muda dan bertenaga. Tambahan pula sebagai seorang isteri, wanita dianjurkan agar berhias di depan suaminya.

" Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan". 

     Ada yang beranggapan tidak perlu menjaga kecantikan dan kesihatan diri, itu adalah tanggapan yang salah sebenarnya. Memang tidak dinafikan ada sesetengah wanita yang tidak mengambil berat bab kecantikan kulit, kerana baginya asal wajah bersih dari jerawat tiada jeragat yang teruk, itu sudah mencukupi. Sampaikan wajah nampak kusam dan tidak bermaya sekalipun tidak diendahkan. Selagi belum ada teguran dari suami atau teman terdekat, bagi mereka penampilan mereka sudah mencukupi.

Tanya pada diri anda:

Sejauh mana anda menekankan bab menjaga kecantikan dan mahu kelihatan sihat dan muda?
Adakah kita sudah cukup berhias di hadapan suami kita?

Beberapa  amalan yang telah terbukti memberi kesan dan telah diamalkan turun temurun sejak sekian lama oleh generasi terdahulu dan ditambah dengan kaedah baru. Semoga bermanfaat kepada semua pembaca.

 1. Jangan tinggalkan solat kerana wuduk itu penting

Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yang terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk menyerikan wajah dan juga hati kita.

 2. Menjaga kecantikan kulit dengan minum air suam sebaik bangun dari tidur.

Sejurus bangun pada waktu pagi , iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu.
Adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.

Note : Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yang boleh menjadi ubat.

Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.

 3. Mengurut wajah dari bawah dengan selawat

Kemudian, urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali.   Amalkan setiap hari.

Nota tambahan: Tapi ingat, dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah. Jika di urut dari atas kebawah, dikhuatiri akan makin cepat berkedut pula.

Antara zikir yang boleh diamalkan adalah:

Zikir  di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran  dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

Baca ” Ya Badiyah ” (1x)
Baca ” Ya Nur ” (1x)
Baca ” Ya Hadi ” (1x)
Baca ” Ya Allah ” (3x)

4. Amalkan membaca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi.

Dianjurkan baca pada curahan pertama, dimulakan dari kepala. Sekiranya mandi menggunakan shower, bacalah masa mula-mula nak mandi.

Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan kulit (diri) kita & untuk kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

5. Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam 3 teguk. Amalkan dengan jujur dan ikhlas.

Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.

 6. Berdoa setiap kali melihat cermin

Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa , kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s.

Amalkan setiap pagi. InsyaaAllah kecantikan kulit akan terpelihara.

Doanya begini:

“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”


Selamat mencuba:)

Jumaat, 4 November 2016

LIQUID LIPSTICK (ANASTASIA BERVERLY HILLS)




       Umum mengetahui setiap wanita suka kepada kecantikan luaran mahupun dalaman. Pemilihan dari segi pakaian, produk kosmetik, penampilan dan penggayaan serta keserasian sangat dititkberatkan oleh kebanyakan kaum wanita. 

      Saat ini banyak kaum hawa yang lebih memilih untuk menggunakan lipstik jenis matte kerana mempunyai keistimewaannya tersendiri. Lipstik matte mempunyai tekstur yang kering sehingga permukaan bibir semakin menyerlah dan lebih yakin. Selain itu, lipstik jenis matte tahan lebih lama berbanding yang lain. 



Rabu, 2 November 2016

Kenali Fungsi/Kebaikan Produk Maskara Aifieya Cosmetics


Maskara menjadi trend bagi kaum wanita untuk kelihatan lebih yakin, bergaya dan menawan sepanjang masa. Pelbagai jenis maskara yang mempunyai fungsi tersendiri bergantung kepada kesesuaian si pemakainya.

Jom kita kenali dan ketahui jenis serta fungsi setiap pilihannya.