Jumaat, 11 November 2016


        Lidah buaya merupakan sejenis tumbuhan yang dikenal dapat dijadikan sebagai ubat alami untuk bahagian luar tubuh ataupun untuk bahagian dalam tubuh badan seperti penyubur rambut, penyembuh luka, dan dijadikan untuk perawatan kulit. Manfaat lidah buaya memang sangat banyak,    
Ciri-ciri semulajadi aloe vera yang bersifat anti-bakteria, anti-oksida dan anti-penuaan menjadikan kulit anda gebu, cantik dan mulus . Gel aloe vera dapat melembapkan dan menghidrasi kulit secara semulajadi serta berupaya memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit.

            Qaisarrastyle ingin share beberapa kebaikan/fungsi dan kelebihan menggunakan aloe vera gel:)



        Sebenarnya banyak lagi manfaat dan kelebihan aloe vera ini selain dari yang disenaraikan di atas. Tak hairanlah jika diperhatikan, begitu banyak produk kecantikan dan kesihatan di pasaran kini menggunakan aloe vera sebagai bahan utama. Namun rasanya lebih mujarab kalau kita gunakan gel asli dari daun pokok aloe vera yang ditanam sendiri.

        Faedahnya pasti lebih optimum berbanding menggunakan produk aloe vera yang telah diproses bersama dengan bahan-bahan kimia. Lagipun kadang-kadang cara pemprosesan yang tak sesuai juga boleh memusnahkan sebahagian besar dari nutrien semulajadi yang terkandung di dalamnya. Jadi, rajin-rajinlah ya tanam sendiri pokok aloe vera dekat rumah.

       Lagipun pokok aloe vera senang tumbuh dan mudah dijaga. Nanti kalau ada orang tanya apa rahsia kecantikan anda, bolehlah tersenyum lebar sambil tuding jari pada pokok aloe vera dalam pasu di depan rumah tu. Silap-silap nanti pasti ramai yang meniru….hebat kan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan