Rabu, 16 November 2016

Assalamua'laikum dan Selamat Petang...
Anda inginkan kulit muka mulus, halus, licin dan kelihatan menawan semulajadi?
Dapatkan " Aloe Vera 99% Compact Powder" berasaskan tumbuhan aloe vera yang cukup sinonim dalam industri kosmetik (kesihatan dan kecantikan).

Jumaat, 11 November 2016


        Lidah buaya merupakan sejenis tumbuhan yang dikenal dapat dijadikan sebagai ubat alami untuk bahagian luar tubuh ataupun untuk bahagian dalam tubuh badan seperti penyubur rambut, penyembuh luka, dan dijadikan untuk perawatan kulit. Manfaat lidah buaya memang sangat banyak,    
Ciri-ciri semulajadi aloe vera yang bersifat anti-bakteria, anti-oksida dan anti-penuaan menjadikan kulit anda gebu, cantik dan mulus . Gel aloe vera dapat melembapkan dan menghidrasi kulit secara semulajadi serta berupaya memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit.

            Qaisarrastyle ingin share beberapa kebaikan/fungsi dan kelebihan menggunakan aloe vera gel:)



        Sebenarnya banyak lagi manfaat dan kelebihan aloe vera ini selain dari yang disenaraikan di atas. Tak hairanlah jika diperhatikan, begitu banyak produk kecantikan dan kesihatan di pasaran kini menggunakan aloe vera sebagai bahan utama. Namun rasanya lebih mujarab kalau kita gunakan gel asli dari daun pokok aloe vera yang ditanam sendiri.

        Faedahnya pasti lebih optimum berbanding menggunakan produk aloe vera yang telah diproses bersama dengan bahan-bahan kimia. Lagipun kadang-kadang cara pemprosesan yang tak sesuai juga boleh memusnahkan sebahagian besar dari nutrien semulajadi yang terkandung di dalamnya. Jadi, rajin-rajinlah ya tanam sendiri pokok aloe vera dekat rumah.

       Lagipun pokok aloe vera senang tumbuh dan mudah dijaga. Nanti kalau ada orang tanya apa rahsia kecantikan anda, bolehlah tersenyum lebar sambil tuding jari pada pokok aloe vera dalam pasu di depan rumah tu. Silap-silap nanti pasti ramai yang meniru….hebat kan!

Rabu, 9 November 2016

Petua Awet Muda Menurut Islam & Tradisional/ Turun Temurun (Warisan)

   

       Petua awet muda bukanlah sesuatu yang rahsia. Kita sudah sedia maklum perkara ini, cuma tidak diamalkan sahaja.

       Siapa yang tidak terganggu memikirkan usia semakin meningkat. Tetapi menjadi lumrah wanita terutamanya, takut pada angka yang bertambah setiap tahun.Hakikatnya yang bertambah tidak boleh ditahan-tahan sesuka hati. Gerun bila menjejak angka 30-an? Rasa sudah turun saham yer tak? Perkara normal, tidak ada wanita yang suka jadi tua. Bila sebut perkataan tua, yang terbayang ialah muka kedut seribu, muka kusam dan tidak berseri, kulit hilang keanjalan dan juga terbayang badan yang mula sakit-sakit dan lesu.

     Selain bentuk fizikal, kudrat juga semakin terhad. Cuba fikir sejenak, mahukah kita menjadi seorang tua yang lemah, tidak berdaya, cerewet, pelupa, rabun, tidak sihat dan lebi selesa bersendirian tatkala anak cucu datang menjenguk atau menjadi warga tua yang cergas, aktif, sihat dan gembira menempuh saat persaraan.

   Nanti dulu!...jangan bayangkan yang bukan-bukan dulu. Biarlah angka bertambah setiap tahun...tapi ada cara untuk bertahan supaya kecantikan yang anda miliki sekarang tidak dimamah usia. Bagaimana ingin kekal awet muda? 

        Adakah anda tahu bahawa untuk cantik dan memiliki kulit muka yang licin, anda tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar, bahkan terdapat banyak cara penjagaan kulit wajah secara tradisional, dan ianya berkesan lagi murah!

        Terdapat banyak petua awet muda terbaik sebenarnya yang boleh dikongsikan. Qaisarrastyle ingin share sedikit dengan anda semua:) Berikut di antara petua dan rahsia awet muda cara Islam dan tradisional/turun temurun warisan nenek moyang kita yang boleh dijadikan panduan untuk anda semua.



      Semua orang inginkan kulit yang licin dan cantik. Namun, bukan semua yang boleh memilikinya. Untuk dapatkannya, penjagaan yang rapi dan pemakanan yang sihat perlu dititik beratkan. Islam sangat menitikberatkan tentang kebersihan dan kekemasan diri . Ia merangkumi kecantikan diri dan penampilan kita sebagai umat Islam.

     Sudah menjadi fitrah manusia, kebanyakan wanita sangat  mementingkan kecantikan, dan kalau boleh sehingga usia walau sudah mencecah 40 tahun ke atas, wajah masih mahu nampak muda dan bertenaga. Tambahan pula sebagai seorang isteri, wanita dianjurkan agar berhias di depan suaminya.

" Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan". 

     Ada yang beranggapan tidak perlu menjaga kecantikan dan kesihatan diri, itu adalah tanggapan yang salah sebenarnya. Memang tidak dinafikan ada sesetengah wanita yang tidak mengambil berat bab kecantikan kulit, kerana baginya asal wajah bersih dari jerawat tiada jeragat yang teruk, itu sudah mencukupi. Sampaikan wajah nampak kusam dan tidak bermaya sekalipun tidak diendahkan. Selagi belum ada teguran dari suami atau teman terdekat, bagi mereka penampilan mereka sudah mencukupi.

Tanya pada diri anda:

Sejauh mana anda menekankan bab menjaga kecantikan dan mahu kelihatan sihat dan muda?
Adakah kita sudah cukup berhias di hadapan suami kita?

Beberapa  amalan yang telah terbukti memberi kesan dan telah diamalkan turun temurun sejak sekian lama oleh generasi terdahulu dan ditambah dengan kaedah baru. Semoga bermanfaat kepada semua pembaca.

 1. Jangan tinggalkan solat kerana wuduk itu penting

Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yang terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk menyerikan wajah dan juga hati kita.

 2. Menjaga kecantikan kulit dengan minum air suam sebaik bangun dari tidur.

Sejurus bangun pada waktu pagi , iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu.
Adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.

Note : Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yang boleh menjadi ubat.

Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.

 3. Mengurut wajah dari bawah dengan selawat

Kemudian, urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali.   Amalkan setiap hari.

Nota tambahan: Tapi ingat, dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah. Jika di urut dari atas kebawah, dikhuatiri akan makin cepat berkedut pula.

Antara zikir yang boleh diamalkan adalah:

Zikir  di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran  dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

Baca ” Ya Badiyah ” (1x)
Baca ” Ya Nur ” (1x)
Baca ” Ya Hadi ” (1x)
Baca ” Ya Allah ” (3x)

4. Amalkan membaca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi.

Dianjurkan baca pada curahan pertama, dimulakan dari kepala. Sekiranya mandi menggunakan shower, bacalah masa mula-mula nak mandi.

Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan kulit (diri) kita & untuk kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

5. Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam 3 teguk. Amalkan dengan jujur dan ikhlas.

Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.

 6. Berdoa setiap kali melihat cermin

Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa , kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s.

Amalkan setiap pagi. InsyaaAllah kecantikan kulit akan terpelihara.

Doanya begini:

“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”


Selamat mencuba:)

Jumaat, 4 November 2016

LIQUID LIPSTICK (ANASTASIA BERVERLY HILLS)




       Umum mengetahui setiap wanita suka kepada kecantikan luaran mahupun dalaman. Pemilihan dari segi pakaian, produk kosmetik, penampilan dan penggayaan serta keserasian sangat dititkberatkan oleh kebanyakan kaum wanita. 

      Saat ini banyak kaum hawa yang lebih memilih untuk menggunakan lipstik jenis matte kerana mempunyai keistimewaannya tersendiri. Lipstik matte mempunyai tekstur yang kering sehingga permukaan bibir semakin menyerlah dan lebih yakin. Selain itu, lipstik jenis matte tahan lebih lama berbanding yang lain. 



Rabu, 2 November 2016

Kenali Fungsi/Kebaikan Produk Maskara Aifieya Cosmetics


Maskara menjadi trend bagi kaum wanita untuk kelihatan lebih yakin, bergaya dan menawan sepanjang masa. Pelbagai jenis maskara yang mempunyai fungsi tersendiri bergantung kepada kesesuaian si pemakainya.

Jom kita kenali dan ketahui jenis serta fungsi setiap pilihannya.



Jumaat, 28 Oktober 2016

Promosi Jumbo

Anda ingin tampil cantik, kekal segar dan menawan sepanjang masa?

Anda mencari produk-produk kosmetik yang selamat dan HALAL dipakai tanpa menggunakan bahan-bahan kimia yang ada kesan sampingan?

Qaisarrastyle ada penyelesaiannya...kami ada menjual produk kosmetik berasaskan aloe vera/lidah buaya iaitu tumbuhan asli herba sangat popular dalam industri kosmetik dan produk kesihatan dan dijamin selamat digunakan.

Kami nak war-warkan kepada 50 pelanggan terawal hadiah istimewa (free gift/goodies) menanti anda:) Cepat sebelum terlambat!!


COD : KL, Selangor, Rawang, Bandar Tasek Puteri

Untuk Info Sila Layari:

https://m.facebook.com/QaisarraStyle/
masturaresources.wixsite.com/qaisarrastyle
qaisarrastyle.blogspot.my


# Pelbagai pilihan biskut (free gift) boleh dimiliki kepada 50 pelanggan terawal..Cepat!Cepat! 


Khamis, 27 Oktober 2016

Tips/Cara/Petua Mudah dan Murah Merawat Bibir




Bibir merupakan bahagian kulit yang unik, kerana ia tidak dilengkapi dengan kelenjar minyak dan keringat untuk menjaga kelembapannya. Bibir juga memiliki kulit yang lebih tipis dibanding bahagian lainnya, sehingga memungkinkan pembuluh darah di bahagian ini terlihat. Kehadiran pembuluh darah yang terlihat inilah yang membuat bibir berwarna merah nan indah.

Kebanyakkan wanita menghadapi masalah bibir yang kering, kelihatan merekah serta pecah-pecah. Masalah ini sering kali dikaitkan dengan keadaan cuaca yang panas atau sejuk terutama sekali bagi mereka yang bekerja di dalam kawasan berhawa dingin.

Ia boleh dirawat samada secara tradisional ataupun dengan rawatan moden. Ada pelbagai rawatan moden yang boleh dilakukan seperti memakai pelembap bibir dan sebagainya.

Bibir kering boleh disebabkan daripada pencemaran udara serta debu, perubahan suhu yang boleh menyebabkan bibir tidak dapat beradaptasi sehingga bibir menjadi kering serta pecah-pecah. Kurangnya minum air masak juga boleh menyebabkan bibir pecah-pecah.

Ada sesetengah orang alah dengan kosmetik seperti lipstick. Ini juga boleh menyebabkan bibir kering dan tidak bermaya. Ada juga yang sensitif dengan ubat gigi yang mengandungi detergen berlebihan. Tabiat suka menjilat bibir dengan air liur juga menjadi punca bibir kering. Selain daripada itu, makanan yang terlalu masam atau masin, tabiat merokok, minum kopi berlebihan serta minum alkohol dan kurang pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran boleh jadi penyebab bibir kering.


Petua Mudah Merawat Bibir Kering

1. Timun boleh digunakan untuk merawat bibir yang kering dan pecah-pecah. Caranya, potong timun nipis-nipis dan lekatkan pada bibir untuk beberapa ketika. Setelah itu, cuci bibir dengan air suam. In syaa Allah bibir akan kembali lembap.

2. Sapukan susu pekat pada bibir. Calit susu pekat pada bibir buat beberapa ketika (biarkan lebih kurang 1 jam). Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan dengan kerap untuk hasil yang mujarab. 

3. Boleh juga sapukan mentega pada bibir yang merekah. Ambil sedikit mentega dan sapukan pada bibir yang kering dan pecah-pecah.

4. Sapukan dua titik madu lebah asli pada bibir setiap malam sebelum tidur dan lakukan setiap hari.

5. Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah pada bibir yang pecah. Dalam masa dua hari luka akan sembuh.

6. Bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Ambil hampas halia tersebut dan gosokkan hampas halia tersebut pada bibir untuk bibir yang lebih menawan dan kemerah-merahan.

Kesimpulannya, sayuran dan herba memang banyak khasiatnya untuk merawat bibir yang kering dan pecah-pecah. Diharap petua tradisional di atas dapat membantu anda yang memerlukan dan bermanfaat dalam penjagaan kesihatan secara berterusan. Yang penting petua yang dikongsikan sangat mudah untuk diamalkan, dan murah pula!








Rabu, 26 Oktober 2016



Memiliki kulit wajah yang cantik, gebu, licin dan tanpa sebarang cela adalah menjadi idaman semua orang terutamanya golongan wanita. Ini kerana wanita dan kecantikan adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Siapa  tidak mahu memiliki wajah yang menawan dan awet muda?

Pelbagai produk kecantikan telah anda cuba bagi mendapatkan hasil yang terbaik namun, pernahkah anda terfikir yang anda menjaga wajah anda dengan betul? 

Mulakan rutin kecantikan anda hari ini dengan melakukan tip penjagaan kulit cantik seperti yang di nyatakan.




Semua orang inginkan kulit yang licin dan cantik. Namun, bukan semua yang boleh memilikinya. Untuk dapatkannya, penjagaan yang rapi dan pemakanan yang sihat perlu dititik beratkan.

Diharapkan tip-tip ini dapat membantu anda menjaga kulit supaya sentiasa kekal sihat dan kelihatan cantik dan menawan. 

Renung-renungkan dan Selamat Mencuba :).



Adakah anda memiliki kulit yang licin selepas mencuba cara-cara di atas? Sila kongsikan pengalaman dan jika anda mempunyai petua selain dinyatakan, harap boleh berkongsi dengan meninggalkan komen di bawah.

Khamis, 29 September 2016

Tony Lady Aloe Vera 99% Matte Lipstick

Tony Lady Aloe Vera 99% Matte Lipstick merupakan lipstik matte formulanya tahan lebih lama dan memiliki pigmen warna lebih nyata serta pekat  cenderung melekat sempurna tanpa memerlukan lip liner lagi malah menghadirkan kesan elegan  dan high fashion ketika dipakai. Jika anda mempunyai  masalah kulit bibir kering dan pecah-pecah sesuai dipakai lipstik ini.


# Warnanya yang mengandungi pigmen yang telah dirawat khas untuk memberikan warna yang kelihatan pekat  lagi tepu serta kekal berada di tempat ia disapu.

# Menggunakan bahan-bahan rumusan aloe vera diadun untuk  melembut, melembab dan melicinkan bibir anda supaya selesa   sepanjang hari penggunaannya.

# Mengekalkan warna serta tahan lebih lama untuk penampilan yang segar bagaikan “baru disapu”.

# Mengandungi aktioksidan iaitu vitamin E untuk membentuk perintang pelindung daripada unsur-unsur persekitaran yang merosakkan dan juga mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.

# Mencerahkan bibir hitam dan gelap serta memudarkan parut dan bekas luka pada bibir anda.

# Memberikan bibir anda berkilauan dan sentiasa mengekalkan penampilan yang menarik.   

Aloe Vera 99% Moisturizing Lipstick

Aloe Vera 99% Moisturizing Lipstick

# Menggunakan rumusan aloe vera diadun untuk melindungi  bibir daripada kekeringan, malah melicin dan melembutkan.

# Menyuburkan dan melicinkan permukaan bibir anda supaya anda selesa memakainya setiap hari.

# Membolehkan anda mengeluarkan pelbagai warna pilihan anda dengan gaya yang berbeza.

# Menjadikan kulit lebih licin, tona bibir yang rata dan menawan secara semulajadi.

# Natural pinky lip.

# Mempunyai pack yang kecil, mudah di bawa ke mana sahaja dan sesuai untuk semua peringkat umur.


Aloe Vera 99% Gel Repair Lipstick

# Mengandungi rumusan aloe vera yang diadun berkesan untuk membaiki kulit bibir.

# Melembapkan bibir secara semulajadi.

# Memjadikan kulit bibir lebih lembut dan licin bagaikan sutera supaya anda selesa memakainya setiap hari.

# Mengurangkan kesan lebam atau hitam sedikit demi sedikit pada bibir anda akibat daripada memakai gincu yang mengandungi plumbum sebelum ini.

# Mempunyai saiz yang kecil, mudah di bawa ke mana sahaja dan sesuai untuk semua peringkat umur.


Produk Murah : Aloe Vera 99% Compact Powder (TONY LADY)

Aloe Vera 99% Compact Powder (TONY LADY)

Merupakan bedak muka yang mengandungi bahan asas aloe vera sebanyak 99% dan mempunyai dalam 3 tone warna yang berbeza.





Kelebihan/manfaat:

# Mengandungi pigmen mineral tulen, menjadikan solekan lebih sempurna dan kelihatan semulajadi, juga menjadikan kulit muka lebih mulus dan halus.

# Mempunyai tekstur yang sangat halus buatannya, menjadikan serbuk lebih ringan dan tahan lama sesuai untuk kulit yang kering, sensitif dan yang terkena sunburn longlasting / sentiasa.

# Menjadikan solekan semulajadi tulen dengan    tone warna yang pelbagai sesuai dengan warna kulit anda.

# Menjadikan kulit lebih licin, tona muka yang rata dan menawan secara semulajadi.

# Sesuai untuk mereka yang bekerja di tempat yang panas dan berhawa dingin (aircond).

Produk Laris : Aifeiya Cosemetics Mascara ( With Vitamin E )

Aifeiya Cosemetics Mascara





# Mengandungi formula istimewa yang melentikkan, memanjangkan dan menebalkan bulu mata.

# Mempunyai permukaan sikat yang berbeza setiap satu memberi kesan kepada pilihan bentuk mata dan bulu mata anda.

# Mempunyai ketahanan lebih lama dan tidak menjejaskan alis jika terkena air (kalis air).

# Menjadikan mata lebih indah, menawan dan jernih secara semulajadi.

# Mengandungi zat vitamin baik (non- clumping) yang akan membuat maskara tidak mudah menggumpal dan melekat pada bulu mata   meskipun maskara tersebut telah diaplikasikan beberapa kali. Salah satu zat yang terkandung dalam non-clumping mascara adalah ekstrak sutra dan gliserin.  

Hot Seller: Liquid Lipstick ( Anastasia Beverly Hills )

Anastasia Liquid Lipstick adalah matte gincu dalam bentuk cecair yang tahan lama dengan hanya satu lorekan sahaja.



Antara fungsi/kelebihan:

#  Merupakan lipstik berjenama yang mampu   membangkitkan kewanitaan seseorang wanita.

#  Merupakan gincu warna matte liputan penuh dalam bentuk cecair yang akan sentiasa lembap dan tidak mengeringkan bibir anda.

# Mempunyai formula istimewa yang tidak akan melunturkan warna tetap, menampilkan dan mengekalkan warna yang asal anda     lorekkan di bibir anda walaupun berjam-jam lamanya di pakai.

# Memberi ‘warna’ kepada wajah yang kelihatan kusam dan tidak bermaya.

# Merangsang penghasilan kolagen pada kulit bibir dan menjadikan
bibir lebih tegang dan awet muda.

#  Menjadikan bibir anda licin, rata dan selesa sepanjang hari.  

Best Seller : 99% Soothing Aloe Vera Lipstick (Soothing & Moisture Lip Balm)

Best Seller : 99% Soothing Aloe Vera Lipstick (Soothing & Moisture Lip Balm)

Aloe Vera Soothing Gel Lipstick ialah lipstik diformulasi daripada ekstrak Aloe Vera dan pelbagai nutrisi tambahan yang mempunyai kesan pelembap semulajadi dan berpanjangan kepada bibir. Lipstik ini tidak berwarna tetapi pabila digunakan pada bibir, bibir akan berubah warna bergantung pada jenis darah seseorang.



Fungsi/Manfaat/Kebaikan

# Mengandungi 99% aloevera
# Melembapkan bibir sehingga 12 jam
# Memerahkan bibir secara semulajadi
# Menghilangkan noda/bintik hitam
# Tidak merosakkan bibir anda
# Melicinkan permukaan bibir anda
# Merawat masalah bibir kering, menggelupas, kedut dan merekah/pecah pada bibir anda    
# Mudah di bawa dan sesuai untuk semua peringkat umur



Cara Pengambilan/Cara Penggunaan

#Pakai lipstik pada bibir dengan rata seperti biasa.

#Boleh dipakai pada waktu malam semasa tidur.

Testimoni Review Keberkesanan



Stok Memang Laju!!
Laku Keras
Poslaju Setiap Hari
Kecuali Ahad


Khamis, 16 Jun 2016

KINI TRENDING - Soothing & Moisture Aloe Vera Gel 92%

Kecantikan dan kesihatan adalah sinonim dan penting bagi semua kaum masyarakat di mana sahaja terutama bagi kaum wanita tidak ketinggalan juga kaum lelaki. Mereka yang berminat menjaga penampilan diri ini lebih cenderung akan mengikuti segala perkembangan produk-produk kecantikan dan kesihatan terkini dan laris di pasaran sekarang.

Oleh itu syarikat kami mengambil inisiatif menjual dan membekalkan produk kosmetik yang cukup sesuai untuk pelbagai peringkat umur tanpa rasa was-was.

Untuk masa sekarang, kami menyediakan produk berasaskan tumbuhan aloe vera iaitu


                                           Soothing & Moisture Aloe Vera Gel 92% - 300ml



Soothing & Moisture Aloe Vera Gel 92% - 300ml adalah produk pelembab yang sangat popular dan menjadi pilihan dalam kalangan remaja Korea pada masa sekarang. Produk ini telah menjadi best seller di seluruh Korea sebagai produk terlaris sepanjang tahun 2013 dan tahun ini serta mendapat pengiktirafan dari pakar-pakar kecantikan.

Fungsi asasnya adalah untuk pelembap badan dan rambut, dibuat asli menggunakan Aloe vera atau lidah buaya sebanyak 92% dalam sebuah kotak yang berisi sebanyak 300ml. Usah bimbang produk ini sudah disertifikasi oleh CCOF (California Certified Organic Farmers). Penelitian telah membuktikan bahawa produk ini sangat berkhasiat untuk mengatasi jenis kulit berminyakm normal mahupun kering dan dibuat daripada bahan-bahan bermutu tinggi. Malah produk ini boleh dipakai oleh anak-anak mahupun dewasa.

Apakah kelebihan produk ini?

1. Pelembap di seluruh tubuh badan

    Sapukan gel aloe vera di bahagian tubuh/wajah yang kering secukupnya, kerana gel aloe vera ini boleh tangani bahagian kulit yang kering, kusam dan sembab.

2. Terapi pemulihan rambut

    Masalah rambut kusam, kasar, bercabang ataupun kering dapat dihilangkan. Caranya letak secukupnya di rambut kemudian usap cepat di rambut supaya menyerap keseluruhannya.

3. Terapi pemulihan kulit 

    Aplikasikan di tempat kulit sensitif dan kulit yang terdedah dengan cahaya matahari/terbakar/sunburn, gel aloe vera ini juga boleh menghindarkan anda dari gigitan atau sengatan serangga.
   
4. Membuatkan mata anda lebih tenang (relax).
 
    Jika anda yang jenis tidur lambat, sukar tidur, produk ini terbaik untuk anda. Caranya ambil cotton pad lalu letak di atas cotton pad dan sapu di sekitar mata. Hasilnya? Kulit di sekitar mata jadi lembap dan lembut. Paling baik jika anda letakkan gel aloe vera di dalam peti sejuk terlebih dahulu.

5. Kuku sihat dan berkilat

    Jika anda usap-usap di kuku dan kulit, gel aloe vera ini memberi kelembapan dan mengurangi kerapuhan kuku. Sangat berguna buat anda yang mempunyai kuku tangan dan kaki yang rapuh dan tidak berkilat.

6. Gunakan selepas mencukur

    Kulit pasti jadi sensitif apabila dicukur setiap hari,  jika gel ini disapu boleh mengembalikan kelembapan kulit dan mengurangi keradangan atau kemerahan, boleh digunakan untuk lelaki dan perempuan.

7. Mekap tahan lama

    Mungkin anda tidak percaya untuk mekap tahan lebih lama, sapu gel aloe vera pada wajah sebelum menggunakan foundation atau campurkan gel aloe vera bersamanya untuk dijadikan makeup base.

8. Masker kulit

    Sapukan gel yang sejuk di kulit pada kertas masker (masker cotton yang kering), letakkan di wajah selama 15 minit. Kulit anda lebih segar dan tenang selepas itu.

9. Berkesan melembapkan kulit 

10. Parut/strechmarks

      Sapu di bahagian yang terdapat parut atau strechmarks, sapu 1-2 kali sehari dan rasailah perubahannya.

Kepada yang berminat untuk memilikinya, anda boleh terus layari laman web jualan kami iaitu Qaisarra Style Online Store melalui pautan tersebut.

Selamat membeli belah dan terima kasih :)


Rabu, 15 Jun 2016

Kasut Kanak-kanak Lelaki Gaya Terbaru...Korean Casual Sandals


LIMITED EDITION!!
KOREAN STYLE SHOES....
KOREAN Children's CASUAL Sandals




Direka secara bersilang, simple dan berkualiti untuk keselesaan kanak-kanak lelaki terutama yang berumur 1-6 Tahun dengan menggunakan bahan-bahan yang tahan lama untuk jangka masa panjang.

Upper Material : Artificial PU leather
Sole Material : Rubber
Category : Sport
Select Size :
  • 13.5cm / Normal Size: 21
  • 14cm / Normal Size: 22
  • 14.5cm / Normal Size: 23
  • 15cm / Normal Size: 24
  • 15.5cm / Normal Size: 25
  • 16cm  / Normal Size: 26
  • 16.5cm / Normal Size: 27
  • 17cm / Normal Size: 28
  • 17.5cm / Normal Size: 29
  • 18cm / Normal Size: 30
Jangan tunggu lama-lama, jom pakat beli laku habiss..jika berminat untuk membeli produk jualan ini, anda boleh membuat tempahan melalui portal kami iaitu Qaisarra Style Online Store.

Selamat membeli belah dan terima kasih :)

Sandal Berkualiti & Lasak untuk anak-anak Lelaki...Candy Boys Sandals


Kebiasaannya anak lelaki lebih aktif dan lasak daripada anak perempuan. Kepada para ibu-bapa di luar sana yang mencari-cari kasut yang tahan lama dan tahan lasak untuk anak lelaki tersayang dengan harga yang berpatutan,  Qaisarra Style ada pilihannya bagi memenuhi citarasa anak-anak...

Candy Boys Sandals







Sandal ini menggunakan bahan kulit sintetik yang berkualiti, tahan lama, lembut bahagian tapaknya dan selesa, khas untuk kanak-kanak lelaki yang lasak mahupun yang pasif. Sandal ini mempunyai 3 pilihan warna iaitu merah, biru dan hitam juga mempunyai cangkuk boleh laras pada bahagian tepi kasut.
  
Untuk detail saiz dan juga meterial, sila rujuk ukuran yang disediakan di bawah ini;

Upper Material  : Synthetic leather
Sole Material : Tendon
Kategori : Sport
Antara saiz yang kami ada adalah :
  • 14cm / Normal Size: 23
  • 14.5cm / Normal Size: 24
  • 15cm / Normal Size: 25
  • 15.5cm / Normal Size: 26
  • 16cm  / Normal Size: 27
  • 16.5cm / Normal Size: 28
Jika berminat untuk membeli produk jualan ini, anda boleh membuat tempahan melalui Portal kami iaitu Qaisarra Style Online Store.

Selamat membeli belah dan terima kasih :)

Isnin, 13 Jun 2016

Kasut Untuk Si Comel - Candy Girls Sandals


Kepada para ibu-bapa di luar sana yang mencari-cari kasut yang cantik untuk anak-anak perempuan tersayang dengan harga yang berpatutan, Kami di Qaisarra Style ada jawapannya....

Candy Girls Sandals




Sandal ini adalah berbentuk Hello Kitty yang cantik, selesa dan berkualiti, khas untuk kanak-kanak berumur 1 - 6 Tahun. Juga mempunyai tapak yang lembut lagi selesa bagi memenuhi kepuasan si pemakainya. 

Manakala ukuran saiznya juga boleh diukur dalam  format sentimeter (cm). Caranya senang sahaja, untuk membuat ukuran saiz kaki anak, kita perlu menggunakan pembaris yang ada bacaan sentimeter. Ukurlah di tapak kaki anak anda, daripada hujung jari kaki sampai ke belakang tumit. Sandal ini juga mempunyai cangkuk boleh laras pada bahagian tepi kasut untuk keselesaan pemakai.
   

Untuk detail saiz dan juga meterial, sila rujuk ukuran yang disediakan di bawah ini;

Upper Material  : Synthetic leather
Sole Material : Tendon
Kategori : Sport
Antara saiz yang kami ada adalah :
  • 14cm / Normal Size: 23
  • 14.5cm / Normal Size: 24
  • 15cm / Normal Size: 25
  • 15.5cm / Normal Size: 26
  • 16cm  / Normal Size: 27
  • 16.5cm / Normal Size: 28
Kepada yang berminat untuk memilikinya, anda boleh terus layari laman web jualan kami iaitu Qaisarra Style Online Store melalui pautan tersebut.

Selamat membeli belah dan terima kasih :)